Adik-adik, kita mengetahui bahawa kebanyakan Firaun, iaitu raja yang memerintah pada zaman tamadun Mesir Purba, adalah terdiri daripada golongan lelaki.
Namun demikian, sebenarnya, terdapat juga Firaun daripada kalangan wanita.
Pada 'Zaman Empayar' dalam dinasti Firaun itu, seorang wanita telah dilantik menjadi Firaun. Namanya ialah Firaun Hatshepsut (1501-1479 Sebelum Masihi).
Firaun Hatshepsut melakukan beberapa pembaharuan pada zaman pemerintahannya. Antaranya ialah mengusahakan pembinaan terusan. Malah ahli-ahli sejarah mendapati, Firaun Hatshepsut telah berjaya menukarkan padang pasir, iaitu tempat-tempat tertentu, menjadi tanah pertanian yang subur.
Adik-adik, hal ini membuktikan bahawa wanita dalam tamadun Mesir Purba juga mampu memerintah negara dengan bijaknya.
No comments:
Post a Comment